Ahad, 10 Julai 2011

Fitrah Kehidupan...........

       Inilah fitrah manusia. Masa depan mata, dekat dengan kita,langsung tak hargai penat lelah kita, susah  payah kita, tapi bila dah terpisah, dah jauh, barulah nak cari balik. Baru nak rasa sedih kerana kehilangan. Masa ada tak jaga, bila tak ada, baru terpikir nak jaga. Baru nak menyesal. Sebab tu pepatah orang tua-tua ada kata sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

       Kebaikan seseorang jarang kita nampak waktu dia ada dekat dengan kita. Tapi bila dia dah pergi jauh, baru nampak kebaikan seseorang itu. Tapi berbeza dengan keburukan. Waktu ada depan mata lagi dah nampak, tapi bila dah jauh, mula la mengumpat. Manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Jangan kita sangka yang baik itu, tak jahat. Dan jangan juga kita sangka yang jahat itu tak baik. nak tau ketulusan dan kebaikan seseorang, hanya Allah sahaja yang tau.

       Manusia tahu menilai, tapi bila dah tak ada depan mata. Hargai seseorang sewaktu dia berada depan mata, atau dekat  dengan kita. Jangan bila dia dah jauh, baru nak hargai. Dah tak ada guna.

       Memang benda ni banyak terjadi pada setiap manusia. Jangan sangka yang baik itu tak jahat. Manusia tak kan puas dengan apa yang ada. Walaupun nampak baik, tapi seseorang itu tetap akan melakukan apa sahaja untul memuaskan hati. Jangan sangka jahat itu tak baik. Tapi itulah manusia, tak tahu beza buruk dan baik manusia.

     Kadang kala kita sangka, itulah kawan terbaik kita, tapi rupa-rupanya dialah gunting dalam lipatan. Kawan baiklah yang sering tikam kita dari belakang. Kawan baik jugalah yang akan menjatuhkan kita. Sebab tu, kalau nak pilih kawan, berhati-hati. Nak dapat kawan yang betul-betul baik memang susah. Kalau ada pun satu dalam sejuta. Kawan masa senang, memang banyak, tapi kawan masa susah, payah nak cari. Kalau nak cari, carilah sahabat, jangan cari kawan. Kawan hanya akan menyusahkan kita kerana kawan akan makan kawan. Tapi sahabat adalah yang terbaik. Sahabat sejati susah nak jumpa. Walaupun tak jumpa sahabta, carilah teman.



hidup umpama roda. Kadang kita diatas, kadang kita dibawah.........

Isnin, 4 Julai 2011

Mengumpat dan Memfitnah......

     Inilah kehidupan. Bila kita tak ada depan mata, mengumpat sana, mengumpat sini. Tapi bila orang yang di umpat itu berada di depan mata, baru nak terasa salah. Tunduk muka, lari. Kononnya takut kena tanya. Tapi kita manusia kena la fikir, dah tau mengumpat dan memfitnah tu lebih berdosa dari membunuh, tapi tetap aja nak mengumpat, nak memfitnah. Ish3 tak takut ke?

     Kalau berani sangat kenapa tak cakap masa orang tu ada depan mata, kata la bagi puas-puas. Ini tidak, bila orang tu dah ada depan mata, muka pon tak berani nak tengok. Itulah perangai manusia. Kalau duduk berkumpul ramai-ramai, pergi rumah jiran tak kira pagi ke, petang ke, malam ke tu pun dah nampak, nak pergi mengumpat la tu. Tak ada benda lain dah. Tapi bila orang yang diumpat tu datang, buat-buat tak tahu, takut je. Dah jadi macam perkara biasa pulak.

     Kaum yang selalu mengumpat dan memfitnah ni biasanya kaum perempuan. Tapi sekarang lelaki pon dah pandai mengumpat daan memfitnah. Kaum lelaki, lepak kedai kopi, mula la mengumpat jugak. Nampak saja mangsa, terus kata. Bukan nak periksa dulu. Yang tahu nak kata saja. Kalau bab nak mengumpat, nak memfitnah, sakit-sakit pun sanggup turun lepak kedai kopi jugak. Yang muda jarang nak mengumpat, tapi yang tua pulak suka buat benda-benda ni.

     Orang yang mengumpat dan memfitnah ni, nak kata tak sembahyang, sembahyang jugak. Tapi buat jugak benda-benda ni. Karut betul la. Saya dah malas nak layan orang yang kuat mengumpat ni. Dah masak dengan perangai manusia macam tu. Tak elok mengata-ngata hal orang. dak tak puas hati, just straight to the point je la dekat orang tu. Apa salahnya. Ni tak, mengumpat sana, mengumpat sini. Perli sana, perli sini. Patut yang tua jadi contoh pada yang muda, tapi yang muda pun tunjuk perangai tak elok, mana muda mudi nak elok. Ish3.

sebenar-benar cinta

         CINTA kepada ALLAH sangat berbeza segala-galanya. Saat cinta kepada manusia membawa kesedihan, hanya cinta kepada ALLAH membawa kedamaian. Saat cinta insan membawa kehancuran, hanya kepada ALLAH membawa kebahagiaan. Sebaliknya, cinta kepada ALLAH adalah sebenar-benar cinta yang pasti membawa bahagia tika di dunia dan di akhirat kelak.


          Kerana itulah, apabila  kekuatan cinta kepada ALLAH melebihi segala-galanya, manusia tidak akan takut untuk berdepan dengan kegagalan cinta sesama insan. Dan kecintaan yang mendalam kepada ALLAH tidak akan membuatkan seseorang itu terburu-buru untuk melepaskan kata cintanya kepada orang yang tersayang.


          AKU CINTA DIA lahir dari kesedaran bahawa cinta kepada ALLAH adalah sebaik-baik CINTA yang harus dimiliki manusia. Namun, kadang kala kesedaran ini sukar di terjemah dalam ayat biasa, lantas golongan remaja terutamanya, gagal untuk memahami pengertian cinta kepada ALLAH itu sebenarnya. Cinta kepada insan lebih kepada sesuatu yang melalaikan, sedangkan cinta kepada ALLAH bakal memberi ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan.


          Namun, tidak dapat di nafikan bahawa setiap insan memiliki perasaan cinta yang amat indah, ingin mencintai dan dicintai dan mahu cinta mereka di akhiri dengan perkahwinan.


          Tetapi cinta yang indah itu kadang kala sangat menakutkan kerana kegagalan cinta menjadikan insan merana dan merasa hidup sudah tidak bermakna. Maka, jadilah cinta itu sebagai kepahitan yang begitu mengecewakan dan menyakitkan perasaan.