Isnin, 4 Julai 2011

sebenar-benar cinta

         CINTA kepada ALLAH sangat berbeza segala-galanya. Saat cinta kepada manusia membawa kesedihan, hanya cinta kepada ALLAH membawa kedamaian. Saat cinta insan membawa kehancuran, hanya kepada ALLAH membawa kebahagiaan. Sebaliknya, cinta kepada ALLAH adalah sebenar-benar cinta yang pasti membawa bahagia tika di dunia dan di akhirat kelak.


          Kerana itulah, apabila  kekuatan cinta kepada ALLAH melebihi segala-galanya, manusia tidak akan takut untuk berdepan dengan kegagalan cinta sesama insan. Dan kecintaan yang mendalam kepada ALLAH tidak akan membuatkan seseorang itu terburu-buru untuk melepaskan kata cintanya kepada orang yang tersayang.


          AKU CINTA DIA lahir dari kesedaran bahawa cinta kepada ALLAH adalah sebaik-baik CINTA yang harus dimiliki manusia. Namun, kadang kala kesedaran ini sukar di terjemah dalam ayat biasa, lantas golongan remaja terutamanya, gagal untuk memahami pengertian cinta kepada ALLAH itu sebenarnya. Cinta kepada insan lebih kepada sesuatu yang melalaikan, sedangkan cinta kepada ALLAH bakal memberi ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan.


          Namun, tidak dapat di nafikan bahawa setiap insan memiliki perasaan cinta yang amat indah, ingin mencintai dan dicintai dan mahu cinta mereka di akhiri dengan perkahwinan.


          Tetapi cinta yang indah itu kadang kala sangat menakutkan kerana kegagalan cinta menjadikan insan merana dan merasa hidup sudah tidak bermakna. Maka, jadilah cinta itu sebagai kepahitan yang begitu mengecewakan dan menyakitkan perasaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan