Jumaat, 24 Jun 2011

erti kehidupan

     Dalam hidup ini, banyak yang kita tidak tahu erti kehidupan yang sebenar. Yang kita lihat dalam kehidupan kita hari ini hanyalah khayalan semata-mata. Bukanlah kehidupan yang sebenar. Kita hidup di dunia ini ibarat musafir. Kita singgah sementara sahaja di dunia ini. Tapi banyak yang kita lupa tentang apa yang kita lakukan di dunia ini. 20 tahun aku hidup dalam kekosongan. Dalam terawang-awangan. Aku ada keluarga, dan aku hidup dalam keluarga seperti orang lain juga. Tetapi kenapa hidup aku masih kosong? 20 tahun aku hanya menyia-nyiakan hidup aku begitu sahaja. Sekarang aku ingin mencari kembali kehidupan aku yang kosong.

     Walaupun kita tinggal bersama ibu bapa kita sudah bertahun-tahun, belum tentu mereka tahu semua tentang kita. Tidak. Ibu bapa tidak mengetahui semuanya tentang diri kita. 20 tahun aku tinggal bersama keluarga, tapi mereka tidak kenal aku dan tidak pernah tahu apa yang aku inginkan. Hanya seorang yang memahami aku. bapa saudara aku. Dia selalu memberi nasihat dan semangat pada aku untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.


       Hidup di dunia ibarat satu permainan. Bermacam dugaan dan cabaran yang perlu kita harungi untuk menempuhi kehidupan yang mendatang. Jadi,kita perlu kuat dan tabah untuk menghadapi semua cabaran dan dugaan tersebut. Hidup ibarat roda. Kadang kita berada di atas, kadang kita akn berada di bawah. Setiap kesenangan dan kesusahan yang kita lalui itu semua adalah dugaan dari ALLAH. Kita perlu kuat untuk mengharungi dugaan itu. Hidup juga mengayuh basikal. Kita perlu berusaha untuk sampai ke depan. Jika kita malas, kita akan berada di belakang dan akan menjadi orang yang ketinggalan.


JADILAH ORANG YANG BERADA DI DEPAN DAN ORANG YANG BERJAYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan